LENGGONG – Datin Hamisah Hussin, yang merupakan isteri kepada Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah, mengadakan kunjungan mesra bersama komuniti di kawasan itu melalui program Ziarah Sayangi Rakyat Lenggong.
Dalam program ini, beliau ditemani oleh Pegawai Khas Menteri Besar Perak untuk DUN Kenering, Cikgu Aida, serta beberapa pemimpin tempatan yang turut sama menyertai aktiviti tersebut.
Shamsul Anuar menerusi perkongsiannya memaklumkan bahawa isterinya bersama rombongan menyertai program tersebut untuk bertemu penduduk.
“Isteri saya bersama Cikgu Aida dan kepimpinan turun bertemu rakyat dalam program Ziarah Sayangi Rakyat Lenggong,” katanya.












