LENGGONG – Gelak tawa kedengaran memenuhi ruang Program Bina Insan Kampung Bukit Sapi apabila nombor cabutan bertuah diumumkan, membuatkan suasana yang sudah meriah bertambah hidup.
Bukan sekadar orang dewasa, kanak-kanak turut tekun menyertai aktiviti mewarna manakala peserta dewasa pula sibuk menghasilkan kolaj kreatif masing-masing.
“Seronok bila program macam ni dapat kumpulkan semua lapisan masyarakat. Anak-anak gembira, orang dewasa pun dapat luangkan masa bersama,” kata seorang penduduk.
Pegawai Khas kepada Menteri Besar Perak (DUN Kenering), Cikgu Aida yang singgah ke program tersebut berkata suasananya cukup menghidupkan semangat kebersamaan penduduk.
Beliau menyeru agar program seumpama ini diteruskan sebagai wadah mengeratkan silaturahim dan memupuk semangat kekeluargaan dalam komuniti kampung berkenaan.












