By using this site, you agree to the Privacy Policy and Terms of Use.
Accept
Lenggong NewsLenggong NewsLenggong News
  • Home
  • Tempatan
  • Nasional
  • Politik
  • Parlimen
Reading: Wanita Perak Selamat Dibawa Pulang Selepas 22 Tahun Di Flores, Indonesia
Share
Notification Show More
Font ResizerAa
Font ResizerAa
Lenggong NewsLenggong News
  • HomeHome
  • Tempatan
  • Nasional
  • Politik
  • Parlimen
Have an existing account? Sign In
Follow US
© 2026 Lenggong News. Hakcipta Terpelihara.
Lenggong News > Blog > Nasional > Wanita Perak Selamat Dibawa Pulang Selepas 22 Tahun Di Flores, Indonesia
Nasional

Wanita Perak Selamat Dibawa Pulang Selepas 22 Tahun Di Flores, Indonesia

Admin
Last updated: 2026/07/23 at 7:46 PM
1 Min Read
Share
SHARE

KUALA LUMPUR – Seorang wanita warga negeri Perak, Puan Mariam Mohamad Nazri, yang berasal dari Kampung Pulau 3 Kiri, Kampung Gajah telah selamat dibawa pulang ke tanah air selepas berada di Flores, Indonesia selama 22 tahun.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah berkata usaha membawa pulang wanita tersebut dimulakan selepas beliau dihubungi oleh Ketua UMNO Bahagian Pasir Salak bersama keluarga Puan Mariam yang memaklumkan mengenai keadaan beliau.

“Lanjutan itu, usaha membawa pulang dilakukan. Saya hantar pegawai saya ke sana. Saya tidak mahu ceritakan apa yang berlaku, yang penting syukurlah segalanya telah selamat,” katanya.

Puan Mariam selamat tiba di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang pada 22 Jun 2026 jam 10.30 malam.

Shamsul Anuar merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pegawai Jabatan Imigresen Malaysia di Jakarta, pegawai Wisma Putra di Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta, serta semua pihak yang terlibat dalam membantu dan memudahkan proses membawa pulang wanita tersebut ke pangkuan keluarga.

Usaha ini membuktikan komitmen berterusan Kementerian Dalam Negeri dalam membantu rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan di luar negara, tanpa mengira tempoh masa atau lokasi mereka berada.

You Might Also Like

Shamsul Anuar & Isteri Bertemu Guru Serta Pelajar Di Parlimen

Pendaftaran Terbuka Untuk Karnival Nasyid Parlimen Lenggong 2027

Jom Meriahkan Pelancaran Festival Nasyid Sayangi Lenggong!

Celebrate ASEAN Arts & Cultural Heritage In Lenggong

Raikan Keindahan Seni & Warisan ASEAN Di Lenggong

Share This Article
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Email Print
Previous Article BN Pilihan Terbaik Untuk Negeri Sembilan
Next Article Shamsul Anuar Bincang Pembangunan Industri Makanan Halal Dengan Universiti Malaysia-China

Ikuti Kami

Facebook Like
Instagram Follow
Youtube Subscribe
Tiktok Follow
- Advertisement -
Ad image

Berita Terkini

KDN Selaras Jawapan Isu Kripto Haram, Imigresen
Parlimen
13 Tahun Bekal Alat Tulis Buat Calon SPM, STPM Lenggong
Tempatan
13 Pasukan Berentap Dalam Kejohanan Takraw Gua Badak
Tempatan
Piala Matematik Cungkil Bakat Pelajar Lima Sekolah
Tempatan
Lenggong NewsLenggong News
Follow US
© 2026 Lenggong News. Hakcipta Terpelihara.
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?