By using this site, you agree to the Privacy Policy and Terms of Use.
Accept
Lenggong NewsLenggong NewsLenggong News
  • Home
  • Tempatan
  • Nasional
  • Politik
  • Parlimen
Reading: UTM Universiti Awam Pertama Terlibat Jadikan Lenggong Pusat Pendidikan Terbuka
Share
Notification Show More
Font ResizerAa
Font ResizerAa
Lenggong NewsLenggong News
  • HomeHome
  • Tempatan
  • Nasional
  • Politik
  • Parlimen
Have an existing account? Sign In
Follow US
© 2026 Lenggong News. Hakcipta Terpelihara.
Lenggong News > Blog > Nasional > UTM Universiti Awam Pertama Terlibat Jadikan Lenggong Pusat Pendidikan Terbuka
Nasional

UTM Universiti Awam Pertama Terlibat Jadikan Lenggong Pusat Pendidikan Terbuka

Admin
Last updated: 2026/06/29 at 9:36 AM
1 Min Read
Share
SHARE

JOHOR BAHRU – Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menjadi universiti awam pertama terlibat dalam usaha menjadikan Lenggong sebagai pusat pendidikan terbuka, susulan MOU yang dimeterai dengan Badan Pengurusan Lenggong Geopark pada Mei lalu.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah berkata, inisiatif itu direalisasikan menerusi penubuhan Makmal Pembelajaran Terbuka UTM-Lenggong Geopark di Tasek Sendarhalu, Lenggong.

Katanya, penubuhan Institut Lembah Lenggong turut dirancang bagi menggerakkan penglibatan IPTA dan IPTS lain dalam pembangunan Lenggong sebagai pusat pendidikan terbuka.

“Semua ini bersesuaian dengan status kawasan ini yang diiktiraf sebagai Lenggong UNESCO Global Geopark dan Tapak Warisan Dunia UNESCO,” katanya.

Ahli Parlimen Lenggong itu berkata demikian selepas pertemuan dengan Naib Canselor UTM, Prof. Dr. Mohd Shafry Mohd Rahim dan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Ts. Dr. Ali bin Selamat di kediaman Naib Canselor UTM di Skudai, Johor Bahru, Sabtu malam.

Perbincangan itu memfokuskan langkah seterusnya bagi merealisasikan makmal pembelajaran terbuka berkenaan.

You Might Also Like

Shamsul Anuar & Isteri Bertemu Guru Serta Pelajar Di Parlimen

Pendaftaran Terbuka Untuk Karnival Nasyid Parlimen Lenggong 2027

Jom Meriahkan Pelancaran Festival Nasyid Sayangi Lenggong!

Celebrate ASEAN Arts & Cultural Heritage In Lenggong

Raikan Keindahan Seni & Warisan ASEAN Di Lenggong

Share This Article
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Email Print
Previous Article BAIDURI Perak Turun Ke Kampung Ulu Kenderong
Next Article Shamsul Anuar Sampaikan Syarahan Kepimpinan Di UTM Skudai

Ikuti Kami

Facebook Like
Instagram Follow
Youtube Subscribe
Tiktok Follow
- Advertisement -
Ad image

Berita Terkini

KDN Selaras Jawapan Isu Kripto Haram, Imigresen
Parlimen
13 Tahun Bekal Alat Tulis Buat Calon SPM, STPM Lenggong
Tempatan
13 Pasukan Berentap Dalam Kejohanan Takraw Gua Badak
Tempatan
Piala Matematik Cungkil Bakat Pelajar Lima Sekolah
Tempatan
Lenggong NewsLenggong News
Follow US
© 2026 Lenggong News. Hakcipta Terpelihara.
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?