By using this site, you agree to the Privacy Policy and Terms of Use.
Accept
Lenggong NewsLenggong NewsLenggong News
  • Home
  • Tempatan
  • Nasional
  • Politik
  • Parlimen
Reading: Usahawan Wanita DUN Kenering Terima Bantuan Peralatan Biznita
Share
Notification Show More
Font ResizerAa
Font ResizerAa
Lenggong NewsLenggong News
  • HomeHome
  • Tempatan
  • Nasional
  • Politik
  • Parlimen
Have an existing account? Sign In
Follow US
© 2026 Lenggong News. Hakcipta Terpelihara.
Lenggong News > Blog > Tempatan > Usahawan Wanita DUN Kenering Terima Bantuan Peralatan Biznita
Tempatan

Usahawan Wanita DUN Kenering Terima Bantuan Peralatan Biznita

Admin
Last updated: 2026/09/19 at 2:20 PM
2 Min Read
Share
SHARE

HULU PERAK – Usahawan wanita di kawasan DUN Kenering menerima bantuan peralatan perniagaan menerusi Program Biznita 2026, yang disalurkan melalui Sekretariat Pembangunan Wanita dan Masyarakat Negeri Perak di bawah portfolio Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi yang dipengerusikan Dato’ Salbiah Mohamed.

Pegawai Khas kepada Menteri Besar Perak bagi kawasan DUN Kenering, Cikgu Aida yang menyempurnakan penyerahan itu berkata, beliau sempat bertanya khabar dan mendengar sendiri perkembangan perniagaan para penerima.

Katanya, ada yang baru membina langkah perniagaan, ada yang merancang menambah produk dan ada yang berharap dapat meningkatkan pendapatan keluarga.

“Semoga peralatan ini dimanfaatkan sebaiknya bagi membuka lebih banyak peluang menjana pendapatan. Kita doakan usaha kecil yang dimulakan hari ini terus berkembang dan memberi manfaat kepada keluarga,” katanya.

Biznita merupakan inisiatif Kerajaan Negeri Perak dengan peruntukan RM450,000 tahun ini bagi memperkasakan 180 usahawan wanita seluruh negeri. Setiap penerima layak menerima peralatan bernilai sehingga RM2,500 mengikut keperluan perniagaan, merangkumi bidang makanan dan minuman, jahitan, kraftangan, pertanian serta rawatan kecantikan.

Program ini terbuka kepada usahawan wanita berusia 18 hingga 65 tahun yang berniaga sepenuh masa di Perak dengan pendapatan isi rumah tidak melebihi RM3,000. Permohonan boleh dibuat melalui portal Sekretariat Usahawan Negeri Perak (STeP) atau Pejabat Daerah dan Pejabat ADUN.

You Might Also Like

13 Tahun Bekal Alat Tulis Buat Calon SPM, STPM Lenggong

13 Pasukan Berentap Dalam Kejohanan Takraw Gua Badak

Piala Matematik Cungkil Bakat Pelajar Lima Sekolah

Shamsul Anuar Melakukan Lawatan Tinjauan Projek Pembangunan Di Parlimen Lenggong

11 Pasukan Berentap Di Kampung Belum

TAGGED: caba, cikguaidabersamaanda, keluargadunkenering, PerakSejahtera2030
Share This Article
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Email Print
Previous Article Songket Jabatan Penjara Malaysia Curi Tumpuan Di Sambutan Hari Malaysia Paris 2026
Next Article Pusat Khidmat DUN Kenering Santuni Rakyat, Sumbangan Turut Disalur

Ikuti Kami

Facebook Like
Instagram Follow
Youtube Subscribe
Tiktok Follow
- Advertisement -
Ad image

Berita Terkini

KDN Selaras Jawapan Isu Kripto Haram, Imigresen
Parlimen
13 Tahun Bekal Alat Tulis Buat Calon SPM, STPM Lenggong
Tempatan
13 Pasukan Berentap Dalam Kejohanan Takraw Gua Badak
Tempatan
Piala Matematik Cungkil Bakat Pelajar Lima Sekolah
Tempatan
Lenggong NewsLenggong News
Follow US
© 2026 Lenggong News. Hakcipta Terpelihara.
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?