LENGGONG – Jentera UMNO Bahagian Lenggong mengadakan mesyuarat jawatankuasa pada malam Ahad lalu bagi membincangkan hala tuju dan perancangan parti di peringkat bahagian.
Mesyuarat yang berlangsung di Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong bermula jam 9.00 malam itu dipengerusikan sendiri oleh Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah, yang juga merupakan Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO.
Turut hadir barisan jawatankuasa bahagian termasuk ketua-ketua cawangan dan pemimpin sayap parti yang mewakili 67 cawangan di seluruh Parlimen Lenggong.
Pertemuan itu dilihat sebagai usaha mengukuhkan jentera parti di akar umbi serta menyelaraskan gerak kerja semua peringkat kepimpinan bahagian menjelang cabaran politik semasa.



