LENGGONG – Sekolah Kebangsaan (SK) Ganda Temengor menerima sumbangan satu set sistem pembesar suara (PA System) daripada Menteri Besar Perak. Sumbangan itu diserahkan oleh Pegawai Khas kepada Menteri Besar Perak, Rohaida Mohamad Yaakub, kepada pihak sekolah.
Menurut pihak sekolah, kemudahan berkenaan dijangka membantu melancarkan urusan harian termasuk penyampaian maklumat serta penganjuran program dan aktiviti sekolah, di samping meningkatkan keselesaan warga sekolah.
Sekolah turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada Menteri Besar Perak atas sokongan berterusan terhadap pembangunan pendidikan.



