GERIK – Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah menyalurkan sumbangan kepada seorang penduduk Felda Lawin Selatan yang mengalami kemalangan baru-baru ini.
Sumbangan tersebut disampaikan melalui Setiausaha Sulit beliau, Muhammad Solihin bin Abdul Majid yang membuat lawatan ziarah ke rumah mangsa dikenali sebagai Saudara Yin pada Isnin lalu.
Turut hadir ialah Ketua Cawangan bersama Ahli Jawatankuasa dan Ketua Pemuda Felda Lawin Selatan bagi memberikan sokongan moral kepada mangsa dan keluarga.
Ahli Parlimen Lenggong itu difahamkan sering menyalurkan bantuan kepada penduduk kawasannya yang ditimpa musibah sebagai sebahagian daripada usaha menjaga kebajikan rakyat di Parlimen Lenggong.





