LENGGONG – Masyarakat India di Kampung Ramasamy menerima sumbangan sempena Deepavali dalam kunjungan Pegawai Khas kepada Menteri Besar Perak bagi DUN Kenering, Cikgu Aida.
Selain menyampaikan sumbangan, beliau turut meluangkan masa bertanya khabar dan berbual santai bersama penduduk.
Menurut Cikgu Aida, meskipun sumbangan itu tidak besar, beliau berharap ia dapat meringankan beban keluarga penerima dan menambah kegembiraan mereka menyambut Deepavali.
Beliau turut berkongsi rasa gembira melihat wajah ceria penduduk yang menerima sumbangan berkenaan.
Baginya, perayaan bukan sekadar sambutan, tetapi peluang untuk merapatkan hubungan dan berkongsi kegembiraan, sekali gus memupuk perpaduan tanpa mengira kaum atau agama.
Cikgu Aida turut berharap cahaya Deepavali membawa kebahagiaan, kesejahteraan dan keharmonian buat semua.












