KAMPUNG LAWIN – Penduduk Kampung Lawin dari pelbagai peringkat umur memeriahkan Hari Sukan Komuniti Kampung Lawin 2026 yang berlangsung hari ini dengan pelbagai acara termasuk sukaneka, pertandingan mewarna dan pertandingan kerabu.
Program yang dirasmikan Pegawai Khas kepada Menteri Besar Perak (DUN Kenering) Cikgu Aida itu dimulakan dengan sesi senamrobik beramai-ramai sebelum diteruskan dengan pertandingan yang menguji ketangkasan, kreativiti dan kemahiran masakan peserta.
Pegawai Penerangan Daerah Hulu Perak turut hadir memeriahkan program tersebut.
Cikgu Aida berkata program seperti ini penting sebagai ruang untuk mengeratkan hubungan sesama penduduk dan membina komuniti yang aktif serta sihat.
“Ini bukan sekadar pertandingan, tetapi platform untuk menyemai semangat kerjasama dalam komuniti,” katanya.
Beliau memuji semua pihak yang terlibat menjayakan program itu dan berharap semangat kebersamaan akan terus subur di Kampung Lawin.












