HULU PERAK – SK Felda Lawin Selatan menerima sumbangan sistem pembesar suara (PA System) dan sebuah Smart TV daripada Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Saarani Mohamad.
Sumbangan itu diserahkan oleh Pegawai Khas kepada Menteri Besar Perak (DUN Kenering), Cikgu Aida, kepada pihak sekolah.
Menurutnya, peralatan tersebut mungkin kelihatan sederhana, namun manfaatnya besar kepada warga sekolah kerana boleh digunakan untuk pelbagai aktiviti, program sekolah dan sesi pembelajaran.
“Insya-Allah, ia dapat membantu mewujudkan suasana pendidikan yang lebih menarik dan kondusif buat anak-anak,” katanya.
Cikgu Aida berkata, sumbangan itu antara usaha berterusan Kerajaan Negeri Perak untuk memastikan keperluan sekolah dan pendidikan terus diberi perhatian.
Beliau turut berterima kasih kepada Menteri Besar atas keprihatinan terhadap warga pendidikan di DUN Kenering, sambil berharap sumbangan itu dimanfaatkan sebaiknya bagi melahirkan anak-anak yang lebih berilmu, yakin dan berjaya.






