By using this site, you agree to the Privacy Policy and Terms of Use.
Accept
Lenggong NewsLenggong NewsLenggong News
  • Home
  • Tempatan
  • Nasional
  • Politik
  • Parlimen
Reading: Shamsul Anuar Yakin Kerjasama BN & PN Mewujudkan Kestabilan Di Negeri Sembilan
Share
Notification Show More
Font ResizerAa
Font ResizerAa
Lenggong NewsLenggong News
  • HomeHome
  • Tempatan
  • Nasional
  • Politik
  • Parlimen
Have an existing account? Sign In
Follow US
© 2026 Lenggong News. Hakcipta Terpelihara.
Lenggong News > Blog > Politik > Shamsul Anuar Yakin Kerjasama BN & PN Mewujudkan Kestabilan Di Negeri Sembilan
Politik

Shamsul Anuar Yakin Kerjasama BN & PN Mewujudkan Kestabilan Di Negeri Sembilan

Admin
Last updated: 2026/07/31 at 4:23 AM
2 Min Read
Share
SHARE

NEGERI SEMBILAN – Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah menegaskan keyakinan beliau bahawa kerjasama antara Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) mampu mewujudkan kestabilan, kemajuan serta kemakmuran kepada rakyat di Negeri Sembilan.

Beliau menyampaikan pandangan tersebut ketika berceramah di Program Jom Jongok Lopak Kito – The Grand Finale UMNO + PAS yang berlangsung di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Kampung Tengah, DUN Sri Menanti pada 30 Julai 2026, jam 9.30 malam.

Shamsul Anuar menekankan bahawa gabungan BN dan PN sama sekali tidak bersifat perkauman memandangkan BN sendiri merupakan parti yang mewakili pelbagai kaum. Selain UMNO, komponen BN turut terdiri daripada MCA yang mewakili kaum Cina, MIC yang mewakili kaum India, serta parti-parti lain termasuk MyPPP, PBTS dan pelbagai parti Friends of BN. Begitu juga PN yang selain PAS turut dianggotai Gerakan Wawasan dan beberapa parti lain.

“Yakin dan percayalah, kerjasama BN dan PN akan membawa kebaikan kepada semua kaum dalam negara dan Negeri Sembilan,” tegas beliau.

Turut hadir pada malam tersebut ialah YBhg. Tan Sri Mohd Irwan Siregar Abdullah, mantan Ketua Setiausaha Perbendaharaan Malaysia, serta Naib Presiden PAS merangkap Ahli Parlimen Bagan Serai, Datuk Seri Ustaz Idris Ahmad.

Program tersebut merupakan kemuncak kepada siri ceramah gabungan UMNO dan PAS di kawasan DUN Sri Menanti yang menyaksikan kerjasama erat kedua-dua parti dalam menyampaikan mesej perpaduan kepada rakyat.

You Might Also Like

Undi Rakyat Jadi Penentu Kejayaan Kerjasama BN-PN

Shamsul Anuar Hadiri Mesyuarat Induk Pilihanraya BN Melaka

Semangat Jentera Perkukuh Keyakinan Di Sungai Udang

Calon BN, Datuk Rais Ditetapkan Untuk Pilihan Raya DUN Sungai Udang

BN Kekal Konsisten Utamakan Kepentingan Negara & Rakyat

TAGGED: 01UstazSufianSeriMenanti, BNTerusMantap, HobinJangHobinHobinSampaiMonang, HobinSenantiSampaiMonang, SeriMenantiDiManaMana, UndiUstazSufian
Share This Article
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Email Print
Previous Article Lawatan Dari Rumah Ke Rumah Di N20 Labu, Negeri Sembilan
Next Article Hari Pahlawan 2026: Shamsul Anuar Peringati Pengorbanan Perwira Ulu Legong

Ikuti Kami

Facebook Like
Instagram Follow
Youtube Subscribe
Tiktok Follow
- Advertisement -
Ad image

Berita Terkini

KDN Selaras Jawapan Isu Kripto Haram, Imigresen
Parlimen
13 Tahun Bekal Alat Tulis Buat Calon SPM, STPM Lenggong
Tempatan
13 Pasukan Berentap Dalam Kejohanan Takraw Gua Badak
Tempatan
Piala Matematik Cungkil Bakat Pelajar Lima Sekolah
Tempatan
Lenggong NewsLenggong News
Follow US
© 2026 Lenggong News. Hakcipta Terpelihara.
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?