LENGGONG – Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah meninjau pelbagai aktiviti keusahawanan di Kolej Komuniti Gerik (Cawangan Lenggong) semalam sebelum merasmikan Karnival Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) Kolej Komuniti Perak pada jam 10.30 pagi.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Lenggong hadir bersama isteri Datin Hamisah Hussin serta tetamu jemputan bagi melihat sendiri produk dan kemahiran yang dibangunkan peserta kolej komuniti tersebut.
Karnival PSH menjadi platform mempromosi budaya pembelajaran berterusan serta memperkasa keusahawanan masyarakat setempat, selari dengan aspirasi menjadikan Lenggong hab pendidikan berikutan pengiktirafan UNESCO Global Geopark.


















