By using this site, you agree to the Privacy Policy and Terms of Use.
Accept
Lenggong NewsLenggong NewsLenggong News
  • Home
  • Tempatan
  • Nasional
  • Politik
  • Parlimen
Reading: Shamsul Anuar Sempurnakan Majlis Anugerah Kecemerlangan KDN 2025 Peringkat Negeri Sarawak
Share
Notification Show More
Font ResizerAa
Font ResizerAa
Lenggong NewsLenggong News
  • HomeHome
  • Tempatan
  • Nasional
  • Politik
  • Parlimen
Have an existing account? Sign In
Follow US
© 2026 Lenggong News. Hakcipta Terpelihara.
Lenggong News > Blog > Nasional > Shamsul Anuar Sempurnakan Majlis Anugerah Kecemerlangan KDN 2025 Peringkat Negeri Sarawak
Nasional

Shamsul Anuar Sempurnakan Majlis Anugerah Kecemerlangan KDN 2025 Peringkat Negeri Sarawak

Admin
Last updated: 2026/06/13 at 1:23 PM
2 Min Read
Share
SHARE

KUCHING – Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah menyempurnakan Majlis Anugerah Kecemerlangan Kementerian Dalam Negeri (KDN) Tahun 2025 bagi jabatan dan agensi di bawah KDN peringkat Negeri Sarawak yang berlangsung di Kuching pada Jumaat malam.

Majlis yang dianjurkan bersama KDN dan Jabatan Penjara Malaysia itu meraikan seramai 383 orang pegawai cemerlang jabatan dan agensi di bawah KDN bagi tahun 2025, termasuk seorang pegawai daripada Jabatan Imigresen Malaysia yang menerima Sijil Khas Kecemerlangan.

Dalam ucapannya, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua penerima anugerah serta mengingatkan para pegawai supaya sentiasa berusaha meningkatkan kecemerlangan diri dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab masing-masing.

Turut memeriahkan majlis gilang-gemilang tersebut ialah Timbalan-timbalan Ketua Setiausaha, Setiausaha-setiausaha Bahagian serta Ketua-ketua Jabatan dan Agensi di bawah KDN.

Majlis anugerah ini merupakan pengiktirafan terhadap dedikasi serta komitmen tinggi yang ditunjukkan oleh warga kerja KDN di seluruh negara dalam menyampaikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat sepanjang tahun 2025.

Selesai majlis yang bermula pada jam 8 malam itu, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar terus pulang ke Semenanjung dan menuju ke kawasan Parlimen Lenggong bagi menghadiri program pada awal pagi keesokan harinya, memperlihatkan komitmen beliau yang tidak mengenal penat dalam melaksanakan tanggungjawab di peringkat kementerian mahupun kawasan.


You Might Also Like

Shamsul Anuar & Isteri Bertemu Guru Serta Pelajar Di Parlimen

Pendaftaran Terbuka Untuk Karnival Nasyid Parlimen Lenggong 2027

Jom Meriahkan Pelancaran Festival Nasyid Sayangi Lenggong!

Celebrate ASEAN Arts & Cultural Heritage In Lenggong

Raikan Keindahan Seni & Warisan ASEAN Di Lenggong

Share This Article
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Email Print
Previous Article Shamsul Anuar Adakan Lawatan Rasmi Ke Pulapol Kuching Sarawak
Next Article Shamsul Anuar Hadir Karnival Sukan DUN Kota Tampan Meski Baru Tiba Dari Sarawak

Ikuti Kami

Facebook Like
Instagram Follow
Youtube Subscribe
Tiktok Follow
- Advertisement -
Ad image

Berita Terkini

KDN Selaras Jawapan Isu Kripto Haram, Imigresen
Parlimen
13 Tahun Bekal Alat Tulis Buat Calon SPM, STPM Lenggong
Tempatan
13 Pasukan Berentap Dalam Kejohanan Takraw Gua Badak
Tempatan
Piala Matematik Cungkil Bakat Pelajar Lima Sekolah
Tempatan
Lenggong NewsLenggong News
Follow US
© 2026 Lenggong News. Hakcipta Terpelihara.
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?