LENGGONG, 16 Mei 2026; Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah merasmikan Mesyuarat Agung UMNO Cawangan Kampung Banggol Batu, Lenggong yang berlangsung di Dewan Kampung Banggol Batu.
Program itu diadakan sempena mesyuarat tahunan cawangan bagi memperkukuh pengurusan dan penyelarasan gerak kerja organisasi di peringkat akar umbi.
Mesyuarat berkenaan turut menjadi platform untuk membincangkan perancangan dan hala tuju cawangan, selain mempererat kerjasama dalam kalangan ahli.












