LENGGONG – Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah merasmikan Karnival KK PSH Cemerlang (PSH Excellence) @ Perak 2026 di Pekan Lenggong semalam.
Program yang menghimpunkan pengetua-pengetua Kolej Komuniti seluruh Perak itu menjadi platform mempamerkan kecemerlangan program Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) merangkumi keusahawanan, kemahiran teknikal dan pembangunan komuniti.
Shamsul Anuar yang juga Ahli Parlimen Lenggong berkata program sebegini selari dengan aspirasi menjadikan Lenggong hab pendidikan, lebih-lebih lagi selepas pengiktirafan UNESCO Global Geopark yang membuka peluang sosioekonomi lebih luas kepada penduduk setempat.
























