LENGGONG – Datin Seri Hamisah Hussin, isteri Ahli Parlimen Lenggong Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah, bersama Puteri UMNO Bahagian Lenggong melaksanakan Program Sayangi Lenggong Siri 1 pada Isnin lalu, menziarahi penduduk setempat bagi memahami keperluan mereka secara langsung.
Program ini merupakan inisiatif turun padang pejabat Ahli Parlimen Lenggong yang mahu memastikan gerak kerja kemasyarakatan tidak terhenti walaupun Shamsul Anuar sibuk dengan tugasan di peringkat persekutuan sebagai Timbalan Menteri Dalam Negeri.
Penglibatan Puteri UMNO sebagai rakan pelaksana memperlihatkan kesediaan jentera muda parti untuk aktif di lapangan, bukan sekadar di pentas perhimpunan.
Siri ini akan diteruskan secara berperingkat merangkumi seluruh Parlimen Lenggong.












