By using this site, you agree to the Privacy Policy and Terms of Use.
Accept
Lenggong NewsLenggong NewsLenggong News
  • Home
  • Tempatan
  • Nasional
  • Politik
  • Parlimen
Reading: Shamsul Anuar Jemput Rakyat Meriahkan Karnival Sayangi Lenggong
Share
Notification Show More
Font ResizerAa
Font ResizerAa
Lenggong NewsLenggong News
  • HomeHome
  • Tempatan
  • Nasional
  • Politik
  • Parlimen
Have an existing account? Sign In
Follow US
© 2026 Lenggong News. Hakcipta Terpelihara.
Lenggong News > Blog > Tempatan > Shamsul Anuar Jemput Rakyat Meriahkan Karnival Sayangi Lenggong
Tempatan

Shamsul Anuar Jemput Rakyat Meriahkan Karnival Sayangi Lenggong

Admin
Last updated: 2026/07/18 at 10:39 AM
1 Min Read
Share
SHARE

LENGGONG – Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan mengadakan program turun padang bersama warga komuniti Perak menerusi Karnival Sayangi Lenggong 2026 pada 18 dan 19 Julai ini di Dataran Lenggong, lengkap dengan pameran agensi, jualan IKS, Fun Ride, Fun Run serta penampilan khas Geng Upin & Ipin.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah yang juga Ahli Parlimen Lenggong dijadual melepaskan peserta Fun Ride dan Fun Run pada jam 7.30 pagi Ahad, manakala Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Saarani Mohamad bakal menyempurnakan perasmian penutup pada jam 11.30 pagi diiringi Kelab Motor Sayangi Lenggong.

Hari pertama memberi tumpuan kepada Bicara Agama Parlimen Lenggong, Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak KEMAS, Persembahan Anak Kreatif serta Pertandingan Nasyid Sayangi Lenggong pada waktu malam. Pameran agensi KDN dan jualan IKS turut dibuka sepanjang dua hari karnival.

Hari kedua pula bakal dimeriahkan persembahan Briged JPN Malaysia, artis jemputan, buskers dan cabutan bertuah oleh AADK serta RELA. Kenduri Rakyat pada jam 12.30 tengah hari terbuka kepada semua yang hadir.

Karnival ini dianjurkan KDN dengan kerjasama Lenggong UNESCO Global Geopark dan disokong beberapa rakan strategik termasuk UMNO dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM). Seluruh warga Lenggong dan orang ramai dijemput hadir.

You Might Also Like

13 Tahun Bekal Alat Tulis Buat Calon SPM, STPM Lenggong

13 Pasukan Berentap Dalam Kejohanan Takraw Gua Badak

Piala Matematik Cungkil Bakat Pelajar Lima Sekolah

Shamsul Anuar Melakukan Lawatan Tinjauan Projek Pembangunan Di Parlimen Lenggong

11 Pasukan Berentap Di Kampung Belum

Share This Article
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Email Print
Previous Article Penduduk Kampung Malau Terima Rumah Tanpa Faedah Melalui Yayasan Perak
Next Article Mesyuarat Jawatankuasa Induk BN Pilihanraya Negeri Sembilan

Ikuti Kami

Facebook Like
Instagram Follow
Youtube Subscribe
Tiktok Follow
- Advertisement -
Ad image

Berita Terkini

KDN Selaras Jawapan Isu Kripto Haram, Imigresen
Parlimen
13 Tahun Bekal Alat Tulis Buat Calon SPM, STPM Lenggong
Tempatan
13 Pasukan Berentap Dalam Kejohanan Takraw Gua Badak
Tempatan
Piala Matematik Cungkil Bakat Pelajar Lima Sekolah
Tempatan
Lenggong NewsLenggong News
Follow US
© 2026 Lenggong News. Hakcipta Terpelihara.
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?