By using this site, you agree to the Privacy Policy and Terms of Use.
Accept
Lenggong NewsLenggong NewsLenggong News
  • Home
  • Tempatan
  • Nasional
  • Politik
  • Parlimen
Reading: Shamsul Anuar Bersama Pelajar Program Anak Angkat Cikgu Saarani Dalam Lawatan Ke Parlimen
Share
Notification Show More
Font ResizerAa
Font ResizerAa
Lenggong NewsLenggong News
  • HomeHome
  • Tempatan
  • Nasional
  • Politik
  • Parlimen
Have an existing account? Sign In
Follow US
© 2026 Lenggong News. Hakcipta Terpelihara.
Lenggong News > Blog > Nasional > Shamsul Anuar Bersama Pelajar Program Anak Angkat Cikgu Saarani Dalam Lawatan Ke Parlimen
Nasional

Shamsul Anuar Bersama Pelajar Program Anak Angkat Cikgu Saarani Dalam Lawatan Ke Parlimen

Admin
Last updated: 2026/06/24 at 3:39 PM
2 Min Read
Share
SHARE

KUALA LUMPUR – Timbalan Menteri Dalam Negeri merangkap Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah dijemput untuk bersama-sama pelajar daripada pelbagai sekolah di seluruh Negeri Perak di bawah Program Anak Angkat Cikgu Saarani (AACS) yang membuat lawatan ke Parlimen Malaysia pada Rabu.

Program AACS merupakan salah satu inisiatif di bawah Yayasan Bina Upaya Negeri Perak yang menyediakan bimbingan berterusan serta bantuan kewangan dalam bentuk elaun pendidikan bulanan kepada pelajar terpilih daripada keluarga kurang berkemampuan.

Peserta yang hadir pada sesi yang bermula jam 10.30 pagi itu terdiri daripada Anak Angkat Cikgu Saarani Tingkatan 4 dan 5 yang terpilih dari seluruh negeri Perak, merupakan calon-calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2026 dan 2027.

“Pagi ini amat bermakna apabila saya dijemput untuk bersama-sama dengan pelajar-pelajar daripada pelbagai sekolah di seluruh Negeri Perak di bawah Program Anak Angkat Cikgu Saarani, salah satu inisiatif di bawah Yayasan Bina Upaya Negeri Perak,” kata Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar.

Lawatan ke Parlimen tersebut merupakan satu pengalaman yang cukup istimewa buat para pelajar dalam mendedahkan mereka kepada suasana serta proses perundangan negara secara langsung.

Program seumpama ini dilihat mampu memberi motivasi serta inspirasi kepada para pelajar untuk terus cemerlang dalam pelajaran dan menjadi insan yang berguna kepada masyarakat serta negara pada masa hadapan.

You Might Also Like

Shamsul Anuar & Isteri Bertemu Guru Serta Pelajar Di Parlimen

Pendaftaran Terbuka Untuk Karnival Nasyid Parlimen Lenggong 2027

Jom Meriahkan Pelancaran Festival Nasyid Sayangi Lenggong!

Celebrate ASEAN Arts & Cultural Heritage In Lenggong

Raikan Keindahan Seni & Warisan ASEAN Di Lenggong

Share This Article
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Email Print
Previous Article Mangsa Kemalangan Di Felda Lawin Utara Terima Sumbangan Ahli Parlimen Lenggong
Next Article Majlis Libat Urus Rang Undang-Undang Penjara (Pindaan) 2026 Di Parlimen

Ikuti Kami

Facebook Like
Instagram Follow
Youtube Subscribe
Tiktok Follow
- Advertisement -
Ad image

Berita Terkini

KDN Selaras Jawapan Isu Kripto Haram, Imigresen
Parlimen
13 Tahun Bekal Alat Tulis Buat Calon SPM, STPM Lenggong
Tempatan
13 Pasukan Berentap Dalam Kejohanan Takraw Gua Badak
Tempatan
Piala Matematik Cungkil Bakat Pelajar Lima Sekolah
Tempatan
Lenggong NewsLenggong News
Follow US
© 2026 Lenggong News. Hakcipta Terpelihara.
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?