JOHOR BAHRU – Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah mengadakan Majlis Ramah Mesra bersama warga Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Polis Negeri Johor yang berlangsung di Dewan Dato’ Onn, IPK Johor pada Khamis.
Majlis yang bermula pada jam 12.30 tengah hari itu bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim antara kepimpinan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dengan warga polis di peringkat negeri Johor.
Sesi ramah mesra tersebut merupakan sebahagian daripada lawatan rasmi Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar ke Johor yang turut melibatkan Mesyuarat Bil 1/2026 Ahli Lembaga Tabung Amanah Warisan Polis (TAWP) pada pagi yang sama.
Kehadiran beliau memperlihatkan keprihatinan kepimpinan KDN terhadap kebajikan serta semangat kerja warga penguat kuasa di seluruh negara, sekali gus mengukuhkan hubungan profesional antara kementerian dengan pasukan keselamatan.
Majlis ramah mesra seumpama ini dilihat mampu memupuk semangat kekitaan serta memberi motivasi kepada anggota dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab menjaga keselamatan serta ketenteraman awam.





















