LENGGONG – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah duduk semeja bersama pimpinan Pemuda UMNO Bahagian Lenggong dalam satu sesi santai baru-baru ini.
Dalam suasana mesra dan bersahaja, pertemuan itu jadi ruang untuk kedua-dua pihak berbincang secara terbuka tentang hala tuju parti dan isu semasa di peringkat akar umbi.
Shamsul Anuar, yang juga Ahli Parlimen Lenggong, berkata Pemuda kekal sebagai tulang belakang gerak kerja parti, terutamanya dalam mendekati pengundi muda.
Menurutnya, suara anak muda Lenggong perlu terus didengari dan hubungan antara pimpinan dengan sayap Pemuda tidak boleh dibiarkan renggang.
Beliau turut memuji komitmen pimpinan Pemuda UMNO Bahagian Lenggong yang konsisten turun padang dan menyokong program untuk rakyat.
Shamsul Anuar berharap semangat itu terus dipupuk demi memperkukuh UMNO dan Barisan Nasional di Lenggong.






