GERIK – Program Semarak Belia sempena Hari Belia Negara peringkat Daerah Hulu Perak 2026 dijadualkan berlangsung di Dewan SMK Sultan Idris Shah II, Gerik.
Pegawai Khas kepada Menteri Besar Perak, Rohaida Mohamad Yaakub turut menerima jemputan untuk merasmikan program berkenaan.
Menurut Rohaida, pelbagai aktiviti akan disediakan khusus untuk golongan belia dan masyarakat setempat.
Beliau turut mengajak orang ramai hadir bagi menyemarakkan semangat belia, mengeratkan silaturahim, serta memupuk semangat komuniti di Hulu Perak.












