LENGGONG – Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah santai dan sarapan pagi bersama Ketua Kampung Kelantan, Lenggong serta pimpinan setempat dan beberapa penduduk Kampung Kelantan di sini, pada 19 April 2026.
Aktiviti yang berlangsung pada jam 9.30 pagi itu diadakan sebagai ruang pertemuan tidak formal untuk beramah mesra dan mengeratkan silaturahim.
Sesi berkenaan turut memberi peluang untuk mendengar pandangan penduduk serta membincangkan perkembangan semasa dan keperluan komuniti setempat.






