KENERING – Menteri Besar Perak Dato’ Seri Saarani Mohamad terus menemui rakyat di pusat khidmat sejurus pulang dari menunaikan tugas di Selama.
Beliau mendengar masalah yang dihadapi penduduk yang hadir serta berusaha mencari jalan penyelesaian.
“Setiap masalah yang dikongsi adalah amanah untuk diusahakan jalan penyelesaian. Bila kita mudahkan urusan rakyat, mudah-mudahan Allah permudahkan juga urusan kita,” katanya.
Pendekatan menemui rakyat secara langsung di pusat khidmat ini menjadi mekanisme bagi memastikan isu masyarakat dapat disampaikan terus kepada kepimpinan negeri.





