KENERING – Pegawai Khas kepada Menteri Besar Perak, Rohaida Mohamad Yaakub menerima kunjungan masyarakat di Pusat Khidmat bagi sesi perbincangan serta mendengar secara langsung keperluan dan permasalahan yang dihadapi.
Rohaida berkata, pertemuan itu memberi ruang kepada orang ramai menyuarakan isu setempat dan mendapatkan penjelasan berhubung perkara yang dibangkitkan.
Dalam sesi sama, beliau turut menyampaikan serahan sumbangan kepada individu yang memerlukan sebagai tanda sokongan dan keprihatinan.
“Semoga sedikit sebanyak dapat meringankan beban,” katanya.
Rohaida turut mengingatkan bahawa Pusat Khidmat sentiasa terbuka kepada masyarakat, sambil menggesa orang ramai untuk terus berhubung bagi memperkukuh hubungan mesra rakyat.






