ULU LAWIN – Pegawai Khas kepada Menteri Besar Perak, Rohaida Mohamad Yaakub menghadiri Majlis Sambutan Hari Raya Madrasah Falahiah Kampung Ulu Lawin.
Rohaida berkata majlis itu berlangsung dalam suasana meriah dan mesra rakyat, dengan pelbagai juadah disediakan kepada tetamu.
Beliau turut merakamkan penghargaan kepada pihak penganjur atas jemputan yang diberikan.
Rohaida berharap penganjuran majlis seumpama itu dapat diteruskan kerana mampu mengeratkan silaturahim serta memperkukuh ukhuwah dalam kalangan masyarakat.









