LENGGONG – Masyarakat India di Lenggong diraikan menerusi Program Ramah Mesra 2YB di Dewan Merdeka, di sini, pada 29 Oktober lalu.
Program pada jam 9 malam itu menjadi ruang pertemuan antara pemimpin dengan masyarakat India setempat.
Pertemuan secara santai seperti ini membuka ruang untuk membina hubungan lebih dekat, di luar urusan rasmi dan pentadbiran.
Hubungan itu penting bagi mengukuhkan persefahaman serta memastikan masyarakat pelbagai kaum terus menjadi sebahagian daripada kehidupan bermasyarakat di Lenggong.












