Majlis Pelancongan Lenggong menjemput orang ramai ke Pesta Budaya & Persembahan Tribuana Bangsawan ASEAN sempena Lenggong International Dialogue 2026. Menampilkan kumpulan seni dari Malaysia, Indonesia dan Singapura, acara ini membuka ruang kepada pengunjung untuk menghayati keunikan penceritaan serta tradisi persembahan bangsawan dari tiga negara ASEAN.
Tarikh: 27 November 2026 (Jumaat)
Masa: 8.00 malam
Tempat: Dataran Lenggong, Lenggong, Perak
Tiga Negara, Tiga Persembahan Istimewa
Malaysia: Persatuan Seni Peran Opera Selangor
“Lagenda Gua Puteri di Lembah Lenggong”
Indonesia: Teater Gates, Universitas Setia Budhi Rangkasbitung
“Uga Wangsit Siliwangi”
Singapura: Anjung Satria Budaya
“Bangsawan Anum Rajuna”
Hadir bersama keluarga dan rakan-rakan untuk menikmati kepelbagaian persembahan, mengenali seni serantau dan meraikan warisan budaya yang mempertemukan masyarakat merentas sempadan.
Lima Hari, 58 Acara, Penyertaan Dari 18 Negara Dan Wilayah
Berlangsung pada 25 hingga 29 November 2026, Lenggong International Dialogue 2026 menghimpunkan pelbagai program kebudayaan, pelancongan, dialog dan aktiviti menarik yang menjadikan Lenggong medan pertemuan peserta tempatan dan antarabangsa.
Penyertaan melibatkan Malaysia, United Kingdom, China, Rusia, Arab Saudi, Iran, India, Taiwan, Bangladesh, Nepal, Singapura, Thailand, Indonesia, Brunei Darussalam, Timor-Leste, Laos, Myanmar dan Kemboja.
Pesta budaya dan persembahan bangsawan ini merupakan antara pengisian sepanjang lima hari penganjuran. Rancang kunjungan anda dan manfaatkan peluang untuk meneroka acara lain sambil menikmati keistimewaan Lenggong sebagai destinasi warisan dan pelancongan.
Program ini dianjurkan oleh Majlis Pelancongan Lenggong dengan kerjasama Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong dan Badan Pengurusan Lenggong Geopark, serta disokong oleh Kerajaan Negeri Perak, Kementerian Pelancongan & Warisan Malaysia dan Kementerian Dalam Negeri (KDN). Penganjuran turut melibatkan rakan strategik daripada jabatan dan agensi kerajaan serta pihak swasta, termasuk dari luar negara.
Semua dijemput hadir. Bersama-sama kita meriahkan Lenggong dan raikan keindahan seni serta warisan ASEAN!
Lenggong: Warisan Dunia, Destinasi Antarabangsa
