LENGGONG – Isteri Ahli Parlimen Lenggong Datin Hamisah Hussin turun padang bersama Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Lenggong di Kampung Lenggong kelmarin menerusi Program Sayangi Lenggong.
Ketua Puteri UMNO Bahagian Lenggong bersama barisan pimpinannya hadir sama dalam program kebajikan tersebut.
Program Sayangi Lenggong merupakan inisiatif berkala keluarga Ahli Parlimen Lenggong merangkap Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah bagi menyantuni penduduk serta merapatkan hubungan jentera parti dengan masyarakat akar umbi di kawasan itu.
Penyertaan sayap Puteri UMNO menunjukkan komitmen jentera parti peringkat bahagian dalam memperkasakan agenda kebajikan rakyat Parlimen Lenggong.















