By using this site, you agree to the Privacy Policy and Terms of Use.
Accept
Lenggong NewsLenggong NewsLenggong News
  • Home
  • Tempatan
  • Nasional
  • Politik
  • Parlimen
Reading: Promosi Lenggong Di Paris, Menteri Besar Perak Sertai Perbincangan
Share
Notification Show More
Font ResizerAa
Font ResizerAa
Lenggong NewsLenggong News
  • HomeHome
  • Tempatan
  • Nasional
  • Politik
  • Parlimen
Have an existing account? Sign In
Follow US
© 2026 Lenggong News. Hakcipta Terpelihara.
Lenggong News > Blog > Nasional > Promosi Lenggong Di Paris, Menteri Besar Perak Sertai Perbincangan
Nasional

Promosi Lenggong Di Paris, Menteri Besar Perak Sertai Perbincangan

Admin
Last updated: 2026/04/29 at 6:58 AM
1 Min Read
Share
SHARE

PARIS – Usaha mempromosikan Lenggong di peringkat antarabangsa diperkukuh apabila Menteri Besar Perak menyertai sesi perbincangan bersama Majlis Pelancongan Lenggong di Pejabat Tourism Malaysia, Paris, Perancis, semalam.

Ahli Parlimen Lenggong merangkap Pengerusi Majlis Pelancongan Lenggong, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah, berkata perbincangan itu turut menghimpunkan pelbagai pandangan dan cadangan bagi memperhebat promosi pelancongan Lenggong dan negeri Perak, khususnya menonjolkan status Lenggong UNESCO Global Geopark serta Tapak Warisan Dunia UNESCO.

Menurutnya, langkah promosi di Paris itu dibuat susulan perbincangan pihaknya dengan Ketua Pengarah Tourism Malaysia, dengan sasaran menjadikan Lenggong lebih dikenali dan menarik kehadiran pelancong antarabangsa, sekali gus memberi kesan kepada ekonomi setempat.

Dalam program tersebut, pelbagai bahan penerangan dan maklumat berkaitan kawasan dan tarikan di Lenggong dipamerkan untuk rujukan pelawat, termasuk kemudahan akses maklumat lanjut menerusi kod QR yang disediakan.

Acara itu turut mendapat kerjasama Badan Pengurusan Lenggong Geopark. Turut serta dalam usaha promosi berkenaan ialah Pegawai Daerah Hulu Perak, Yang Dipertua serta Setiausaha Majlis Daerah Lenggong.

Urusan dan perbincangan bersama Tourism Malaysia di Paris diselaraskan serta dilaksanakan oleh YBhg Datuk Dazma Shah Daud, Mohamad Solihin Majid dan Ismadi.

You Might Also Like

Shamsul Anuar & Isteri Bertemu Guru Serta Pelajar Di Parlimen

Pendaftaran Terbuka Untuk Karnival Nasyid Parlimen Lenggong 2027

Jom Meriahkan Pelancaran Festival Nasyid Sayangi Lenggong!

Celebrate ASEAN Arts & Cultural Heritage In Lenggong

Raikan Keindahan Seni & Warisan ASEAN Di Lenggong

Share This Article
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Email Print
Previous Article Sumbangan Sistem Pembesar Suara Untuk SK Ganda Temengor
Next Article Kotak Makanan Disumbang Kepada Penduduk Kg Padang Kunyit

Ikuti Kami

Facebook Like
Instagram Follow
Youtube Subscribe
Tiktok Follow
- Advertisement -
Ad image

Berita Terkini

KDN Selaras Jawapan Isu Kripto Haram, Imigresen
Parlimen
13 Tahun Bekal Alat Tulis Buat Calon SPM, STPM Lenggong
Tempatan
13 Pasukan Berentap Dalam Kejohanan Takraw Gua Badak
Tempatan
Piala Matematik Cungkil Bakat Pelajar Lima Sekolah
Tempatan
Lenggong NewsLenggong News
Follow US
© 2026 Lenggong News. Hakcipta Terpelihara.
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?