LENGGONG – Program Sayangi Lenggong Zon Kenderong menghimpunkan lebih 150 tetamu menerusi pengisian kerohanian serta penyampaian sumbangan kepada masyarakat setempat.
Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah berkata isterinya, Datin Hamisah Hussin, meneruskan aktiviti bersama masyarakat di kawasan Parlimen Lenggong, kali ini bersama Wanita UMNO Zon Kenderong.
Menurut beliau, Hamisah turut bersama Pegawai Khas kepada Menteri Besar Perak bagi DUN Kenering, Cikgu Rohaida Yaakob, untuk bertemu para tetamu yang hadir pada majlis berkenaan.
“Sebagaimana biasa, isteri saya melaksanakan aktivitinya di kawasan Parlimen Lenggong yang saya wakili dan kali ini bersama Wanita UMNO Zon Kenderong,” katanya menerusi perkongsian mengenai program tersebut.
Majlis itu turut diisi dengan bacaan Yasin, tazkirah ilmu serta penyampaian sumbangan Sayangi Lenggong.





































