By using this site, you agree to the Privacy Policy and Terms of Use.
Accept
Lenggong NewsLenggong NewsLenggong News
  • Home
  • Tempatan
  • Nasional
  • Politik
  • Parlimen
Reading: Peserta Lawatan Akademi Jelajah Kampung Beng Melalui Laluan Tasik Raban, Sungai Perak
Share
Notification Show More
Font ResizerAa
Font ResizerAa
Lenggong NewsLenggong News
  • HomeHome
  • Tempatan
  • Nasional
  • Politik
  • Parlimen
Have an existing account? Sign In
Follow US
© 2026 Lenggong News. Hakcipta Terpelihara.
Lenggong News > Blog > Tempatan > Peserta Lawatan Akademi Jelajah Kampung Beng Melalui Laluan Tasik Raban, Sungai Perak
Tempatan

Peserta Lawatan Akademi Jelajah Kampung Beng Melalui Laluan Tasik Raban, Sungai Perak

Admin
Last updated: 2026/04/02 at 4:09 PM
2 Min Read
Share
SHARE

LENGGONG – Lawatan Akademi ke kawasan Lenggong UNESCO Global Geopark dan Lenggong Tapak Warisan Dunia UNESCO diadakan pada 2 April 2026 sebagai antara pengisian awal Program Lenggong Dialog 2026, yang kemuncaknya dijadualkan berlangsung pada September hingga Oktober ini.

Program itu dianjurkan secara bersama oleh Majlis Pelancongan Lenggong, Badan Pengurusan Lenggong Geopark dan Geokomuniti Lenggong Geopark, dengan kerjasama Majlis Daerah Lenggong, Pejabat Daerah Lenggong serta Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong.

Menurut Shamsul Anuar Nasarah, penganjuran lawatan berkenaan bertujuan memperkukuh usaha menjadikan kawasan Lenggong UNESCO Global Geopark sebagai “Lenggong Pusat Pendidikan Terbuka”, selain mengukuhkan peranannya sebagai destinasi pembelajaran dan penyelidikan berasaskan komuniti.

Sebagai sebahagian pengisian program, peserta turut dibawa menaiki bot menyusuri Tasik Raban dan Sungai Perak ke Kampung Beng, Lenggong, bagi meningkatkan pendedahan serta memperkaya maklumat peserta berkaitan keunikan alam semula jadi, komuniti dan warisan setempat.

Lawatan itu disertai pelbagai institusi pengajian tinggi awam dan swasta (IPTA/IPTS), termasuk Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Universiti Malaysia Sabah (UMS), Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Universiti Sultan Azlan Shah (USAS), Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), Universiti Malaysia Pahang Al Sultan Abdullah (UMPSA), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Universiti Teknologi Petronas (UTP), Universiti Islam Selangor (UIS), Majlis Amanah Rakyat (MARA), Sunway University, Taylor University dan Quest University.

You Might Also Like

13 Tahun Bekal Alat Tulis Buat Calon SPM, STPM Lenggong

13 Pasukan Berentap Dalam Kejohanan Takraw Gua Badak

Piala Matematik Cungkil Bakat Pelajar Lima Sekolah

Shamsul Anuar Melakukan Lawatan Tinjauan Projek Pembangunan Di Parlimen Lenggong

11 Pasukan Berentap Di Kampung Belum

Share This Article
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Email Print
Previous Article Makanan Tradisional Lenggong Diperkenal Kepada Peserta Lawatan Akademi UNESCO
Next Article Majlis Penutup Lawatan Akademi Lenggong Diadakan Di Galeri Kampung Beng

Ikuti Kami

Facebook Like
Instagram Follow
Youtube Subscribe
Tiktok Follow
- Advertisement -
Ad image

Berita Terkini

KDN Selaras Jawapan Isu Kripto Haram, Imigresen
Parlimen
13 Tahun Bekal Alat Tulis Buat Calon SPM, STPM Lenggong
Tempatan
13 Pasukan Berentap Dalam Kejohanan Takraw Gua Badak
Tempatan
Piala Matematik Cungkil Bakat Pelajar Lima Sekolah
Tempatan
Lenggong NewsLenggong News
Follow US
© 2026 Lenggong News. Hakcipta Terpelihara.
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?