MELAKA – Majlis Perasmian Serentak Persidangan Cawangan-cawangan UMNO seluruh Negeri Melaka berlangsung di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Melaka, pada 17 April lalu.
Majlis yang diadakan pada jam 3.00 petang itu menghimpunkan pimpinan dan perwakilan UMNO dari seluruh negeri bagi memulakan persidangan di peringkat cawangan, selain menjadi platform penyelarasan gerak kerja serta pengukuhan semangat perjuangan parti.
Ahli Parlimen Lenggong merangkap Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, YB Dato’ Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah turut hadir bagi memeriahkan majlis berkenaan serta bersama-sama meraikan permulaan persidangan yang menjadi antara agenda penting dalam kalendar tahunan parti.
Majlis tersebut turut memberi ruang kepada pertemuan dan interaksi antara kepimpinan dengan perwakilan di peringkat akar umbi, sejajar dengan usaha memperkukuh kesepaduan parti serta memperkemas persiapan menghadapi agenda politik semasa.
