LENGGONG – Perancangan Program Apa Khabar Keluarga Kenering di Kampung Lawin dibincangkan bersama jawatankuasa serta penduduk kampung, bagi menyelaras aktiviti yang akan dilaksanakan sepanjang penganjuran program berkenaan.
Pegawai Khas kepada Menteri Besar Perak, Rohaida Mohamad Yaakub berkata, sesi perbincangan itu turut membuka ruang kepada pelbagai cadangan dan pandangan daripada penduduk setempat, dengan tujuan memastikan program berjalan lancar serta memberi manfaat kepada komuniti.
“Pelbagai cadangan dan pandangan dikongsikan demi memastikan program berjalan lancar serta memberi manfaat kepada masyarakat setempat,” katanya.
Beliau turut berharap program tersebut dapat mengeratkan silaturahim dan menyatukan keluarga besar DUN Kenering, selain merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang hadir dan memberikan kerjasama.



