GERIK – Program Pasar Sejahtera Rakyat Perak DUN Kenering berlangsung di Dewan Orang Ramai Kampung Air Panas, Gerik dengan sambutan meriah penduduk setempat.
Inisiatif Kerajaan Negeri Perak melalui Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan itu menawarkan barangan keperluan harian pada harga lebih rendah.
“Program macam ni memang sangat membantu kami. Terima kasih kepada Kerajaan Negeri bagi diskaun dan peluang beli barang keperluan dengan harga lebih murah,” kata seorang penduduk.
Pegawai Khas kepada Menteri Besar Perak, Cikgu Aida yang hadir berkata program tersebut bukan sahaja membantu kos sara hidup, malah menjadi medan mengeratkan silaturahim masyarakat.









