LENGGONG – Pegawai Khas kepada Menteri Besar Perak, Cikgu Aida menghadiri Pertandingan Karom Tertutup anjuran Pemuda UMNO Bahagian Lenggong yang melibatkan peserta dari Kampung Tawai, Tanjung Rambai dan Air Panas.
Pertandingan berlangsung dalam suasana santai dengan peserta bersaing secara sihat sambil mengeratkan ukhuwah sesama komuniti.
“Semoga program seperti ini terus menjadi wadah menyatukan masyarakat dan memupuk semangat kebersamaan,” kata Cikgu Aida.
Beliau mengucapkan tahniah kepada semua peserta serta syabas kepada penganjur atas usaha menyediakan aktiviti bermanfaat untuk belia setempat.






