LENGGONG – Mesyuarat Pemuda Taman Kota Tampan malam ini selesai diadakan, dengan penghargaan dizahirkan kepada ahli yang hadir walaupun masing-masing mempunyai komitmen.
Muhammad Solihin bin Abdul Majid, Setiausaha Sulit kepada YB Datuk Seri Dr Shamsul Nasarah, berkata pertemuan itu bertujuan membincangkan langkah untuk menggerakkan pemuda serta menyusun gerak kerja secara berperingkat.
“Kita susun perlahan-lahan, yang penting kita jalan sama-sama. Bukan nak laju sorang, tapi nak sampai jauh sebagai satu team,” katanya.
Beliau turut memohon doa agar urusan dipermudahkan dan merakamkan penghargaan atas sokongan yang diberikan, sama ada dari dekat atau jauh.
Mesyuarat itu, katanya, mencerminkan komitmen untuk meneruskan usaha terbaik demi pemuda dan kawasan setempat.






