By using this site, you agree to the Privacy Policy and Terms of Use.
Accept
Lenggong NewsLenggong NewsLenggong News
  • Home
  • Tempatan
  • Nasional
  • Politik
  • Parlimen
Reading: Pelaksanaan AKPS Tidak Jejaskan Kebajikan Penjawat Awam, Hak Sabah & Sarawak
Share
Notification Show More
Font ResizerAa
Font ResizerAa
Lenggong NewsLenggong News
  • HomeHome
  • Tempatan
  • Nasional
  • Politik
  • Parlimen
Have an existing account? Sign In
Follow US
© 2026 Lenggong News. Hakcipta Terpelihara.
Lenggong News > Blog > Parlimen > Pelaksanaan AKPS Tidak Jejaskan Kebajikan Penjawat Awam, Hak Sabah & Sarawak
Parlimen

Pelaksanaan AKPS Tidak Jejaskan Kebajikan Penjawat Awam, Hak Sabah & Sarawak

Admin
Last updated: 2026/06/26 at 11:27 AM
2 Min Read
Share
SHARE

KUALA LUMPUR – Yang Berhormat Dato’ Seri Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah, Timbalan Menteri Dalam Negeri, pada Khamis telah memberikan penjelasan dalam Sesi Kamar Khas Dewan Rakyat berhubung pelaksanaan Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), termasuk aspek kestabilan institusi penguatkuasaan dan kebajikan penjawat awam yang terlibat.

Yang Berhormat Timbalan Menteri Dalam Negeri menjelaskan bahawa penubuhan AKPS merupakan langkah strategik Kerajaan MADANI bagi memperkukuh pengurusan sempadan negara, meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan serta memperkasakan aspek keselamatan dan integriti di pintu masuk negara.

Beliau turut menegaskan bahawa pelaksanaan AKPS tidak akan menjejaskan kebajikan penjawat awam yang terlibat serta tidak menghakis hak dan kuasa Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak sebagaimana yang termaktub di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan Perlembagaan Persekutuan.

Penegasan ini penting bagi memastikan keyakinan rakyat serta penjawat awam terhadap pelaksanaan AKPS yang bersifat inklusif dan menghormati peruntukan perlembagaan sedia ada.

Terdahulu, sesi taklimat kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri Dalam Negeri telah disampaikan oleh pegawai-pegawai kanan Kementerian Dalam Negeri (KDN), Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Bahagian Hal Ehwal Imigresen, Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Awam, Bahagian Perancangan Strategik serta Unit Komunikasi Korporat KDN.

Sesi tersebut mencerminkan komitmen Kementerian Dalam Negeri dalam memastikan pelaksanaan AKPS dilakukan secara teratur, telus dan mengambil kira kepentingan semua pihak yang berkepentingan.

You Might Also Like

KDN Selaras Jawapan Isu Kripto Haram, Imigresen

RM7.33 Juta Dipulangkan Kepada Mangsa Penipuan

213 Rakyat Malaysia Ditahan Di Luar Negara Disyaki Menjadi Keldai Dadah

225 Permohonan Kewarganegaraan Di Sarawak Diluluskan

Pendatang Asing: Malaysia Utamakan Rondaan Bersama Thailand – Shamsul Anuar

TAGGED: AIforKDNKDNforAI, AKPS, KDNMADANI, KementerianDalamNegeri, KeselamatanTanggungjawabBersama, MalaysiaMadani
Share This Article
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Email Print
Previous Article MB Perak Sumbang Peralatan Kepada JPKK Kampung Sawa
Next Article Cikgu Aida Turun Padang Santuni Penduduk Kampung Padang

Ikuti Kami

Facebook Like
Instagram Follow
Youtube Subscribe
Tiktok Follow
- Advertisement -
Ad image

Berita Terkini

KDN Selaras Jawapan Isu Kripto Haram, Imigresen
Parlimen
13 Tahun Bekal Alat Tulis Buat Calon SPM, STPM Lenggong
Tempatan
13 Pasukan Berentap Dalam Kejohanan Takraw Gua Badak
Tempatan
Piala Matematik Cungkil Bakat Pelajar Lima Sekolah
Tempatan
Lenggong NewsLenggong News
Follow US
© 2026 Lenggong News. Hakcipta Terpelihara.
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?