LENGGONG – Pegawai Khas kepada Menteri Besar Perak, Rohaida Mohamad Yaakub, menziarahi beberapa keluarga yang terjejas akibat ribut di Kampung Sumpitan dan RPT Kampung Baru Padang Grus pada pagi Syawal ketiga, 23 Mac 2026.
Menurut Rohaida, lawatan itu dibuat untuk melihat sendiri keadaan rumah yang terlibat serta menilai keperluan keluarga berkenaan.
Dalam lawatan tersebut, beliau turut disertai Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Sumpitan.
Rohaida berkata, beliau juga menyampaikan sumbangan peribadi sebagai tanda sokongan dan keprihatinan kepada keluarga yang terkesan.
“Semoga sedikit bantuan ini dapat meringankan beban serta memberi semangat kepada mereka untuk terus kuat menghadapi ujian,” katanya.
Beliau menambah, usaha membantu akan diteruskan setakat kemampuan, sambil berharap segala urusan dipermudahkan.






