LENGGONG – Pelbagai agensi berganding bahu sejak awal pagi bagi melaksanakan operasi penangkapan hidupan liar di Kampung Rancangan Merah demi menjamin keselamatan penduduk setempat.
Pegawai Khas kepada Menteri Besar Perak (DUN Kenering), Cikgu Aida berkata operasi tersebut melibatkan kerjasama Jabatan PERHILITAN, PDRM, RELA, JPKK Kampung Rancangan Merah serta para sukarelawan.
“Alhamdulillah, lega rasanya. Terima kasih kepada semua yang bertungkus-lumus membantu. Semoga penduduk dapat menjalani kehidupan dengan lebih tenang selepas ini,” luah seorang penduduk selepas operasi selesai.
Cikgu Aida merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan operasi tersebut.






