LENGGONG – Mesyuarat Persatuan Kebajikan dan Rekreasi Kampung Luat, Lenggong diadakan malam ini di kediaman Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah.
Mesyuarat itu membincangkan hal berkaitan kebajikan dan aktiviti rekreasi komuniti setempat, selain menjadi ruang ahli persatuan mengemukakan pandangan serta cadangan untuk manfaat penduduk kampung.


