By using this site, you agree to the Privacy Policy and Terms of Use.
Accept
Lenggong NewsLenggong NewsLenggong News
  • Home
  • Tempatan
  • Nasional
  • Politik
  • Parlimen
Reading: Mesyuarat Penyelarasan Projek Pembinaan Kompleks Sukan Lawin, Gerik
Share
Notification Show More
Font ResizerAa
Font ResizerAa
Lenggong NewsLenggong News
  • HomeHome
  • Tempatan
  • Nasional
  • Politik
  • Parlimen
Have an existing account? Sign In
Follow US
© 2026 Lenggong News. Hakcipta Terpelihara.
Lenggong News > Blog > Nasional > Mesyuarat Penyelarasan Projek Pembinaan Kompleks Sukan Lawin, Gerik
Nasional

Mesyuarat Penyelarasan Projek Pembinaan Kompleks Sukan Lawin, Gerik

Admin
Last updated: 2026/07/09 at 10:36 AM
1 Min Read
Share
SHARE

KUALA LUMPUR – Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah pada hari ini mengadakan Mesyuarat Penyelarasan berhubung projek pembinaan Kompleks Sukan Lawin, Gerik, Perak yang terbengkalai sejak tahun 2018 berikutan kegagalan kontraktor pelaksana menyiapkan projek tersebut.

Mesyuarat yang berlangsung di bangunan Parlimen Malaysia pada jam 12.00 tengah hari Rabu itu turut dihadiri oleh Timbalan Menteri Ekonomi, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) serta pegawai-pegawai daripada Kementerian Ekonomi dan Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.

Shamsul Anuar, yang juga Ahli Parlimen Lenggong berkata, perbincangan merentas kementerian tersebut diadakan secara khusus bagi mencari penyelesaian muktamad terhadap projek bermasalah yang telah sekian lama menjadi keluhan penduduk setempat.

“Projek ini menjadi isu rakyat kerana kegagalan kontraktor pelaksana melaksanakan projek ini. Ia telah terbengkalai sejak 2018 lagi,” kata beliau.

Beliau menegaskan bahawa perbincangan tersebut bertujuan untuk memastikan langkah-langkah konkrit dapat diambil bagi menyelesaikan masalah projek terbengkalai itu yang telah gagal disiapkan dalam tempoh hampir lapan tahun, sekali gus memastikan kepentingan dan kebajikan penduduk di kawasan Lawin, Gerik terbela.

Projek Kompleks Sukan Lawin merupakan kemudahan infrastruktur sukan yang amat dinanti-nantikan oleh penduduk di kawasan Parlimen Lenggong bagi manfaat generasi muda dan komuniti setempat.

You Might Also Like

Shamsul Anuar & Isteri Bertemu Guru Serta Pelajar Di Parlimen

Pendaftaran Terbuka Untuk Karnival Nasyid Parlimen Lenggong 2027

Jom Meriahkan Pelancaran Festival Nasyid Sayangi Lenggong!

Celebrate ASEAN Arts & Cultural Heritage In Lenggong

Raikan Keindahan Seni & Warisan ASEAN Di Lenggong

Share This Article
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Email Print
Previous Article Sesi Semakan Ucapan Penggulungan Laporan Tahunan & Penyata Kewangan SUHAKAM 2024
Next Article Sesi Menjawab & Penggulungan Laporan SUHAKAM 2024 Oleh KDN

Ikuti Kami

Facebook Like
Instagram Follow
Youtube Subscribe
Tiktok Follow
- Advertisement -
Ad image

Berita Terkini

KDN Selaras Jawapan Isu Kripto Haram, Imigresen
Parlimen
13 Tahun Bekal Alat Tulis Buat Calon SPM, STPM Lenggong
Tempatan
13 Pasukan Berentap Dalam Kejohanan Takraw Gua Badak
Tempatan
Piala Matematik Cungkil Bakat Pelajar Lima Sekolah
Tempatan
Lenggong NewsLenggong News
Follow US
© 2026 Lenggong News. Hakcipta Terpelihara.
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?