LENGGONG – Mesyuarat Jawatankuasa Geokomuniti Lenggong UNESCO Global Geopark Bil 1/2026 berlangsung pada 3 Ogos lalu bertempat di Bilik Gerakan Majlis Daerah Lenggong.
Ahli Parlimen Lenggong Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah berkata mesyuarat tersebut membincangkan hala tuju dan pelaksanaan aktiviti geokomuniti bagi tahun 2026.
“Mesyuarat ini penting bagi memastikan penyelarasan antara semua pihak berkepentingan dalam usaha memelihara serta mempromosikan nilai warisan geologi dan budaya di kawasan Lenggong,” katanya.
Menurutnya, Jawatankuasa Geokomuniti berperanan sebagai penghubung antara masyarakat setempat dengan pihak pengurusan geopark supaya komuniti turut mendapat manfaat daripada status UNESCO Global Geopark.
Mesyuarat turut membincangkan perancangan aktiviti sepanjang tahun 2026 serta laporan kemajuan program yang telah dirancang sebelum ini.






