By using this site, you agree to the Privacy Policy and Terms of Use.
Accept
Lenggong NewsLenggong NewsLenggong News
  • Home
  • Tempatan
  • Nasional
  • Politik
  • Parlimen
Reading: MegaJamz Lenggong Sasar 10,000 Pengunjung
Share
Notification Show More
Font ResizerAa
Font ResizerAa
Lenggong NewsLenggong News
  • HomeHome
  • Tempatan
  • Nasional
  • Politik
  • Parlimen
Have an existing account? Sign In
Follow US
© 2026 Lenggong News. Hakcipta Terpelihara.
Lenggong News > Blog > Nasional > MegaJamz Lenggong Sasar 10,000 Pengunjung
Nasional

MegaJamz Lenggong Sasar 10,000 Pengunjung

Admin
Last updated: 2026/10/27 at 4:33 AM
2 Min Read
Share
SHARE

KUALA LUMPUR: MegaJamz Lenggong Music Festival 2026 menyasarkan kehadiran sekurang-kurangnya 10,000 pengunjung bagi menyaksikan persembahan serentak 500 pemuzik dan penyanyi di Resort Tasik Raban, Lenggong, Perak pada 29 November ini.

Pengerusi Majlis Pelancongan Lenggong, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah berkata, festival itu menjadi antara tarikan utama Lenggong International Dialogue 2026 yang berlangsung dari 24 hingga 29 November ini.

Menurutnya, persembahan yang menghimpunkan pemuzik daripada pelbagai latar belakang itu bertujuan mempromosikan Lenggong sebagai destinasi pelancongan berasaskan warisan, kebudayaan dan keindahan alam semula jadi.

“Kita bukan sekadar mahu mempersembahkan muzik tetapi mahu mengetengahkan keindahan, kecantikan dan keunikan Lenggong supaya destinasi ini lebih dikenali di peringkat antarabangsa,” katanya dalam sidang media MegaJamz Lenggong Musik Festival di Hard Rock Cafe di sini , hari ini.

Festival yang membawa slogan ‘Warisan Dipelihara, Alam Dilestari, Generasi Diperkasa’ itu dijadualkan bermula pukul 4 petang dan turut menampilkan legenda gitar rock Malaysia, JoBranko, sebagai penampilan khas.

Shamsul Anuar berkata, penganjuran itu turut menjadi usaha menghimpunkan pemuzik dan penyanyi dalam satu ensembel langsung yang diselaraskan bagi memastikan persembahan berlangsung secara serentak.

“Penganjur turut merancang percubaan mencipta rekod menerusi penyertaan sekurang-kurangnya 500 peserta dalam persembahan berkenaan.

“Usaha itu masih tertakluk kepada syarat dan pengesahan badan pengiktiraf rekod yang berkaitan,” katanya.

Dalam pada itu, festival berkenaan diharap dapat menarik lebih ramai pelancong ke Lenggong, sekali gus membuka peluang ekonomi kepada penduduk dan pengusaha tempatan.

Katanya, Lenggong mempunyai pengiktirafan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO dan UNESCO Global Geopark, yang menjadi antara tarikan dalam usaha memperkenalkan kawasan itu kepada pengunjung tempatan serta antarabangsa.

Sumber : UTUSAN

You Might Also Like

Pendaftaran Terbuka Untuk Karnival Nasyid Parlimen Lenggong 2027

Jom Meriahkan Pelancaran Festival Nasyid Sayangi Lenggong!

Celebrate ASEAN Arts & Cultural Heritage In Lenggong

Raikan Keindahan Seni & Warisan ASEAN Di Lenggong

Majlis Bacaan Yasin & Doa Selamat Di Sungai Udang

Share This Article
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Email Print
Previous Article Lenggong Sasar Rekod Asia, Himpun 500 Pemuzik Dalam Satu Persembahan
Next Article Pendatang Asing: Malaysia Utamakan Rondaan Bersama Thailand – Shamsul Anuar

Ikuti Kami

Facebook Like
Instagram Follow
Youtube Subscribe
Tiktok Follow
- Advertisement -
Ad image

Berita Terkini

Undi Rakyat Jadi Penentu Kejayaan Kerjasama BN-PN
Politik
Pendaftaran Terbuka Untuk Karnival Nasyid Parlimen Lenggong 2027
Nasional
Shamsul Anuar Hadiri Mesyuarat Induk Pilihanraya BN Melaka
Politik
Shamsul Anuar Melakukan Lawatan Tinjauan Projek Pembangunan Di Parlimen Lenggong
Tempatan
Lenggong NewsLenggong News
Follow US
© 2026 Lenggong News. Hakcipta Terpelihara.
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?