LENGGONG – Penduduk Kampung Sawa menerima sumbangan peralatan daripada Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Saarani Mohamad, bagi kegunaan aktiviti kemasyarakatan kampung.
Penyerahan tersebut disempurnakan oleh Pegawai Khas MB Perak (DUN Kenering), Cikgu Aida, yang mewakili Saarani di peringkat kawasan.
Pengerusi JPKK Kampung Sawa berkata sumbangan itu amat bermakna kepada penduduk kampung.
“Sumbangan ini amat membantu memudahkan urusan dan aktiviti kami di kampung,” katanya.
Sumbangan tersebut diharap dapat memperkukuhkan semangat kebersamaan serta memacu pembangunan komuniti Kampung Sawa ke arah yang lebih sejahtera.



