LENGGONG – Senyuman dan rasa syukur mengiringi penyerahan kerusi dan meja sumbangan Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Saarani Mohamad kepada KRT Kampung Padang Grus serta Sekolah Rendah Agama Kampung Bukit Sapi hari ini.
Penyerahan disempurnakan oleh Pegawai Khas MB Perak (DUN Kenering), Cikgu Aida bagi pihak Menteri Besar.
“Terima kasih, selepas ini lebih selesa untuk mengadakan mesyuarat, program kemasyarakatan dan juga aktiviti,” kata seorang wakil penerima.
Sumbangan itu mungkin kelihatan kecil, tetapi bagi komuniti yang selama ini kekurangan peralatan asas untuk aktiviti kampung dan pembelajaran, ia membawa perubahan besar.
Cikgu Aida berkata beliau berharap usaha sebegini terus menjadi pemangkin untuk memajukan komuniti di seluruh DUN Kenering.












