By using this site, you agree to the Privacy Policy and Terms of Use.
Accept
Lenggong NewsLenggong NewsLenggong News
  • Home
  • Tempatan
  • Nasional
  • Politik
  • Parlimen
Reading: Malaysia Biru Jadi Agenda Besar BN Menuju PRU16
Share
Notification Show More
Font ResizerAa
Font ResizerAa
Lenggong NewsLenggong News
  • HomeHome
  • Tempatan
  • Nasional
  • Politik
  • Parlimen
Have an existing account? Sign In
Follow US
© 2026 Lenggong News. Hakcipta Terpelihara.
Lenggong News > Blog > Politik > Malaysia Biru Jadi Agenda Besar BN Menuju PRU16
Politik

Malaysia Biru Jadi Agenda Besar BN Menuju PRU16

Admin
Last updated: 2026/10/08 at 3:15 PM
2 Min Read
Share
SHARE

KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah menyifatkan Agenda Malaysia Biru sebagai agenda besar Barisan Nasional (BN) menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

Beliau berkongsi perkara itu menerusi hantaran di laman Facebook rasminya hari ini, sehari selepas Better Nation (BN) Forum Siri Ke-12 bertemakan Agenda Malaysia Biru berlangsung di ibu negara.

Agenda Malaysia Biru diumumkan Presiden UMNO merangkap Pengerusi BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi ketika Ucapan Dasar Presiden pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026 pada 11 September lalu. Gagasan itu menggariskan hala tuju negara menjelang 100 tahun kemerdekaan pada 2057 sekiranya BN kembali menerajui Putrajaya.

Agenda tersebut merangkumi lapan ikhtiar utama, iaitu menjadikan Malaysia sebagai Negara Pencipta, Negara Berkemahiran, Negara Pemilik, Negara Sejahtera, Negara Berdaya Tahan, Negara Peduli, Negara Beramanah dan Negara Berdaulat. Antara cadangan yang digariskan termasuk pengarusperdanaan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), penstrukturan semula percukaian termasuk Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) pada kadar munasabah, serta sasaran setiap keluarga memiliki sekurang-kurangnya 30 peratus pendapatan boleh guna.

Ketika menyampaikan ucaptama di forum tersebut, Ahmad Zahid menegaskan Malaysia perlu beralih daripada konsep “Made in Malaysia” kepada negara yang mencipta, memiliki dan dipercayai menerusi teknologi, jenama serta harta intelek sendiri.

“Saya tidak mahu idea ini sekadar menjadi slogan. Ia mesti menjadi komitmen nasional,” katanya.

Forum yang dikendalikan Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir itu turut menampilkan Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong, bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin, Tan Sri Prof. Dr. Nordin Kardi dan penganalisis politik, Prof. Datuk Dr. Sivamurugan Pandian.

Terdahulu, Ahmad Zahid memaklumkan Agenda Malaysia Biru akan dijadikan elemen utama manifesto rasmi BN pada PRU16 setelah dimuktamadkan bersama parti komponen dan Friends of BN.

Shamsul Anuar sebelum ini menegaskan BN perlu bersedia sepenuhnya menghadapi PRU16 dan meyakinkan rakyat bahawa gabungan itu benar-benar ingin kembali ke kedudukan asal yang dominan dalam politik negara.

“Semua ini penting agar apa yang ditawarkan nanti diyakini rakyat,” katanya.

You Might Also Like

Undi Rakyat Jadi Penentu Kejayaan Kerjasama BN-PN

Shamsul Anuar Hadiri Mesyuarat Induk Pilihanraya BN Melaka

Semangat Jentera Perkukuh Keyakinan Di Sungai Udang

Calon BN, Datuk Rais Ditetapkan Untuk Pilihan Raya DUN Sungai Udang

BN Kekal Konsisten Utamakan Kepentingan Negara & Rakyat

Share This Article
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Email Print
Previous Article Taklimat Isu LKAN Libatkan KDN
Next Article Jualan Sejahtera Rakyat Jadi Tumpuan Karnival Sekolah

Ikuti Kami

Facebook Like
Instagram Follow
Youtube Subscribe
Tiktok Follow
- Advertisement -
Ad image

Berita Terkini

KDN Selaras Jawapan Isu Kripto Haram, Imigresen
Parlimen
13 Tahun Bekal Alat Tulis Buat Calon SPM, STPM Lenggong
Tempatan
13 Pasukan Berentap Dalam Kejohanan Takraw Gua Badak
Tempatan
Piala Matematik Cungkil Bakat Pelajar Lima Sekolah
Tempatan
Lenggong NewsLenggong News
Follow US
© 2026 Lenggong News. Hakcipta Terpelihara.
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?