By using this site, you agree to the Privacy Policy and Terms of Use.
Accept
Lenggong NewsLenggong NewsLenggong News
  • Home
  • Tempatan
  • Nasional
  • Politik
  • Parlimen
Reading: Majlis Libat Urus Rang Undang-Undang Penjara (Pindaan) 2026 Di Parlimen
Share
Notification Show More
Font ResizerAa
Font ResizerAa
Lenggong NewsLenggong News
  • HomeHome
  • Tempatan
  • Nasional
  • Politik
  • Parlimen
Have an existing account? Sign In
Follow US
© 2026 Lenggong News. Hakcipta Terpelihara.
Lenggong News > Blog > Parlimen > Majlis Libat Urus Rang Undang-Undang Penjara (Pindaan) 2026 Di Parlimen
Parlimen

Majlis Libat Urus Rang Undang-Undang Penjara (Pindaan) 2026 Di Parlimen

Admin
Last updated: 2026/06/24 at 3:50 PM
2 Min Read
Share
SHARE

KUALA LUMPUR – Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada Rabu mengadakan Majlis Libat Urus YB Timbalan Menteri Dalam Negeri bersama Ahli-Ahli Parlimen bagi Pembentangan Rang Undang-Undang Penjara (Pindaan) 2026 bertempat di Dewan Bankuet, Aras G, Blok Utama, Parlimen Malaysia.

Program dimulakan dengan ucapan aluan oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah yang menekankan kepentingan penglibatan Ahli-Ahli Parlimen dalam memperhalusi cadangan pindaan undang-undang bagi memastikan sistem kepenjaraan negara terus relevan, progresif dan selaras dengan keperluan semasa.

Majlis diteruskan dengan sesi taklimat yang disampaikan oleh Timbalan Komisioner Penjara (TKPJ), Wan Abdul Rahman bin Wan Yaman, Timbalan Pengarah Bahagian Dasar Kepenjaraan (Seksyen Penilaian Residivis) yang membentangkan cadangan pindaan serta rasional di sebalik penggubalan Rang Undang-Undang Penjara (Pindaan) 2026.

Sesi libat urus tersebut mendapat penyertaan aktif daripada Ahli-Ahli Parlimen yang hadir, dengan pelbagai pandangan, cadangan serta soalan dikemukakan berkaitan pelaksanaan dan implikasi rang undang-undang berkenaan.

Perbincangan yang berlangsung secara terbuka dan konstruktif mencerminkan komitmen semua pihak dalam memastikan setiap pindaan yang dicadangkan dapat memperkukuh sistem pemulihan dan pengurusan banduan di negara ini.

Program ini menjadi platform penting dalam mempertingkatkan kefahaman Ahli-Ahli Parlimen terhadap cadangan pindaan undang-undang sebelum ia dibentangkan di Dewan Rakyat, sekali gus memastikan proses penggubalan undang-undang dilaksanakan secara inklusif, telus dan berkesan.

Turut hadir Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan), Dato’ Hj. Abdul Halim bin Hj. Abdul Rahman serta pegawai-pegawai kanan KDN.

You Might Also Like

RM7.33 Juta Dipulangkan Kepada Mangsa Penipuan

213 Rakyat Malaysia Ditahan Di Luar Negara Disyaki Menjadi Keldai Dadah

225 Permohonan Kewarganegaraan Di Sarawak Diluluskan

Pendatang Asing: Malaysia Utamakan Rondaan Bersama Thailand – Shamsul Anuar

Perbincangan Isu MyKad Sebelum Sesi Jawapan Di Dewan Rakyat

Share This Article
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Email Print
Previous Article Shamsul Anuar Bersama Pelajar Program Anak Angkat Cikgu Saarani Dalam Lawatan Ke Parlimen
Next Article Shamsul Anuar Bentang RUU Penjara (Pindaan) 2026 Di Dewan Rakyat

Ikuti Kami

Facebook Like
Instagram Follow
Youtube Subscribe
Tiktok Follow
- Advertisement -
Ad image

Berita Terkini

Undi Rakyat Jadi Penentu Kejayaan Kerjasama BN-PN
Politik
Pendaftaran Terbuka Untuk Karnival Nasyid Parlimen Lenggong 2027
Nasional
Shamsul Anuar Hadiri Mesyuarat Induk Pilihanraya BN Melaka
Politik
Shamsul Anuar Melakukan Lawatan Tinjauan Projek Pembangunan Di Parlimen Lenggong
Tempatan
Lenggong NewsLenggong News
Follow US
© 2026 Lenggong News. Hakcipta Terpelihara.
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?