By using this site, you agree to the Privacy Policy and Terms of Use.
Accept
Lenggong NewsLenggong NewsLenggong News
  • Home
  • Tempatan
  • Nasional
  • Politik
  • Parlimen
Reading: LiD’26 Sasar 50,000 Pengunjung, Gabungkan Warisan, Budaya & Pertukaran Intelektual
Share
Notification Show More
Font ResizerAa
Font ResizerAa
Lenggong NewsLenggong News
  • HomeHome
  • Tempatan
  • Nasional
  • Politik
  • Parlimen
Have an existing account? Sign In
Follow US
© 2026 Lenggong News. Hakcipta Terpelihara.
Lenggong News > Blog > Nasional > LiD’26 Sasar 50,000 Pengunjung, Gabungkan Warisan, Budaya & Pertukaran Intelektual
Nasional

LiD’26 Sasar 50,000 Pengunjung, Gabungkan Warisan, Budaya & Pertukaran Intelektual

Admin
Last updated: 2026/10/25 at 3:58 PM
3 Min Read
Share
SHARE

IPOH, 23 Okt (Bernama) – Lenggong International Dialogue 2026 (LiD’26), yang akan berlangsung dari 25 hingga 29 November, menyasarkan kehadiran 50,000 pengunjung dan lebih 500 peserta antarabangsa menerusi acara berteraskan warisan, budaya, gastronomi tradisional, muzik, sukan lasak dan wacana intelektual.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah, yang juga Ahli Parlimen Lenggong, berkata penganjuran itu bertujuan mengetengahkan keunikan Lenggong sebagai Tapak Warisan Dunia Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) serta UNESCO Global Geopark, di samping merancakkan pelancongan dan membuka peluang ekonomi kepada masyarakat setempat.

Shamsul Anuar, yang juga Pengerusi Majlis Pelancongan Lenggong, berkata LiD’26 bukan sahaja bertujuan menarik pelancong, malah menghubungkan komuniti tempatan dan antarabangsa melalui pertukaran pandangan dalam bidang warisan, budaya, pendidikan, keusahawanan, pembangunan belia dan hubungan antarabangsa.

“LiD’26 dirangka sebagai platform pelancongan antarabangsa yang menggabungkan warisan, budaya, pendidikan, keusahawanan, pembangunan belia dan hubungan antarabangsa, dengan pelbagai aktiviti berlangsung di seluruh kawasan Lenggong Geopark.

“Program ini bukan sekadar bertujuan menarik pengunjung ke Lenggong, tetapi turut memberi peluang kepada mereka merasai sendiri keunikan warisan, persekitaran semula jadi dan budaya tempatan,” katanya ketika berucap pada Majlis Libat Urus Timbalan Menteri Dalam Negeri Bersama Media Perak di sini hari ini.

Menurut Shamsul Anuar, Majlis Pelancongan Lenggong, dengan sokongan Badan Pengurusan Lenggong Geopark dan kerajaan negeri Perak, menganjurkan LiD’26 bertemakan “Warisan Dipelihara, Alam Dilestari, Generasi Diperkasa”.

Beliau berkata program itu menampilkan lima komponen utama, iaitu Festival Budaya Lembah Lenggong, Festival Makanan Tradisional Lenggong, Lenggong Geo Live, Lenggong Geo Adventure dan Lenggong Geo Intellectual.

“Antara acara utama ialah Festival Kebudayaan dan Silang Budaya Antarabangsa Lembah Lenggong yang menghimpunkan peserta dari pelbagai negara bagi persembahan kebudayaan, deklamasi puisi, dialog antara budaya serta aktiviti kesusasteraan dan kesenian.

“Program ini turut menampilkan Persembahan Malam Bangsawan ASEAN Tribuana yang melibatkan penggiat seni dari Malaysia, Singapura dan Indonesia, selain Deklamasi Puisi Lembah Lenggong yang menampilkan peserta dari 14 negara,” katanya.

Beliau berkata satu lagi elemen utama program itu ialah penyediaan Resolusi LiD’26 yang akan menghimpunkan resolusi yang dirumuskan menerusi lima platform utama berkenaan.

“Resolusi itu akan dikemukakan kepada kerajaan negeri dengan mengetengahkan pandangan dan aspirasi pelbagai pihak berkepentingan dalam usaha memelihara warisan, memulihara alam sekitar serta memperkasakan generasi akan datang.

“Orang ramai, khususnya rakyat Perak, dijemput menyertai LiD’26 yang dijangka meningkatkan profil Lenggong sebagai destinasi pelancongan warisan dan geopark, menjana peluang ekonomi serta mengukuhkan hubungan dengan komuniti antarabangsa,” katanya.

BERNAMA

You Might Also Like

Pendaftaran Terbuka Untuk Karnival Nasyid Parlimen Lenggong 2027

Jom Meriahkan Pelancaran Festival Nasyid Sayangi Lenggong!

Celebrate ASEAN Arts & Cultural Heritage In Lenggong

Raikan Keindahan Seni & Warisan ASEAN Di Lenggong

Majlis Bacaan Yasin & Doa Selamat Di Sungai Udang

Share This Article
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Email Print
Previous Article LiD’26 Himpunkan 500 Peserta Antarabangsa, Angkat Lenggong Destinasi Dunia
Next Article BN Kekal Konsisten Utamakan Kepentingan Negara & Rakyat

Ikuti Kami

Facebook Like
Instagram Follow
Youtube Subscribe
Tiktok Follow
- Advertisement -
Ad image

Berita Terkini

Undi Rakyat Jadi Penentu Kejayaan Kerjasama BN-PN
Politik
Pendaftaran Terbuka Untuk Karnival Nasyid Parlimen Lenggong 2027
Nasional
Shamsul Anuar Hadiri Mesyuarat Induk Pilihanraya BN Melaka
Politik
Shamsul Anuar Melakukan Lawatan Tinjauan Projek Pembangunan Di Parlimen Lenggong
Tempatan
Lenggong NewsLenggong News
Follow US
© 2026 Lenggong News. Hakcipta Terpelihara.
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?