LENGGONG – Usaha mempromosikan Lenggong UNESCO Global Geopark melalui sukan akan diperkukuh menerusi penganjuran beberapa kejohanan bola sepak di daerah itu yang dijadual bermula 30 Mei 2026.
Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata, antara acara utama ialah Lenggong Geopark Football League (Terbuka Malaysia) bagi merebut Piala Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah, dengan tawaran hadiah wang tunai RM25,000 untuk juara dan RM15,000 bagi naib juara, selain hadiah lain.
Kejohanan itu terbuka kepada kelab bola sepak dari seluruh negara, manakala maklumat lanjut akan diumumkan dari semasa ke semasa.
Bagi pendaftaran awal, orang ramai boleh menghubungi En Yusof Ahmad, Setiausaha PBSD Lenggong di talian 019-472 2405.
Shamsul Anuar turut berkata dua lagi kejohanan akan berlangsung di Lenggong bermula tarikh sama, iaitu Bola Sepak 9 Sebelah (Terbuka Perak) dan Liga Bola Sepak Parlimen Lenggong (Terbuka Hulu Perak).
Beliau menerima taklimat mengenai program Persatuan Bola Sepak Daerah (PBSD) Lenggong di Cafe Sidang Kopi, Lenggong.
